Skip to product information
1 of 5

Santai Ilmu Publication

Sahih Al-Bukhari - Bahasa Melayu Malaysia - Terjemahan Lengkap

Sahih Al-Bukhari - Bahasa Melayu Malaysia - Terjemahan Lengkap

Regular price RM655.00
Regular price Sale price RM655.00
Sale Sold out

Syihabudin Ahmad dan team telah berjaya menterjemahkan Sahih al-Bukhari kepada bahasa Melayu Malaysia. Ia adalah usaha yang dilakukan hampir 5 tahun dengan tekad supaya umat Islam dapat membaca, memahami dan mengamalkan ucapan, rekod perbuatan dan kehidupan Nabi SAW yang benar-benar SAHIH dan dipercayai. 

  • Terbitan Santai Ilmu Publication
  • Tahun Terbitan: 2022
  • ISBN: 978-967-2361-37-4
  • Bahasa: Dwi Bahasa Arab - Melayu (Malaysia)
  • Bil Jilid: 7 Jilid
  • Bil Hadis: 7,563 Hadis.
  • Penomboran oleh: Syaikh Fuad Abdul Baqi
  • Penterjemah: Syihabudin Ahmad & Team

Kelebihan Sahih Al Bukhari

  • Sahih al-Bukhari berada di kedudukan kitab yang paling sahih selepas al-Quran al-Karim.

Kata al-Hafiz al-Uqaili:

"Selepas al-Bukhari mengarang kitab al-Sahihnya, beliau menunjukkannya kepada Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Ma'in, Ali bin al-Madini dan lain-lain, lalu mereka semua memujinya serta menyetujuinya sebagai sahih kecuali empat hadis." Al-Hafiz al-Uqaili mengulas: "Bagaimanapun, kata pemutus tentangnya adalah kata al-Bukhari iaitu semuanya sahih belaka."

Kata Imam an-Nawawi dalam at-Taqrib:

"Karya pertama hadis sahih semata-mata ialah Sahih al-Bukhari kemudian Sahih Muslim. Kedua-duanya adalah kitab yang paling sahih selepas al-Quran dan al-Bukhari adalah paling sahih serta paling banyak faedah antara kedua-duanya."

Kata beliau dalam Syarh Sahih Muslim:

"Ulama bersepakat bahawa kitab yang paling sahih selepas al-Quran yang mulia ialah Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Umat Islam menerima kedua-duanya dengan sepenuh penerimaan."

View full details

Customer Reviews

Based on 2 reviews
100%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
R
Ramli Ahmadi
Saya Suka Sungguh!

Terjemahan Sahih Al-Bukhari oleh Ustaz Syihabudin Ahmad adalah sebuah sumbangan besar bagi komuniti berbahasa Melayu yang ingin mendalami ajaran Islam secara mendalam. Buku ini tidak hanya memberikan pemahaman yang jelas tentang hadis-hadis sahih, tetapi juga menciptakan pengalaman membaca yang menyentuh hati dan memperkaya jiwa. Santai Ilmu Publication patut mendapat apresiasi kerana telah menghadirkan karya yang berkualiti tinggi ini kepada pembaca.

R
Ramli Ahmadi
Ini yang dinantikan!

Buku ini adalah satu-satunya panduan lengkap yang diperlukan oleh setiap Muslim dalam memahami hadis-hadis sahih Rasulullah. Ustaz Syihabudin Ahmad dengan cermat dan penuh dedikasi telah menyajikan terjemahan Sahih Al-Bukhari ke dalam Bahasa Melayu Malaysia. Terjemahan yang jelas dan tepat membuat hadis-hadis tersebut lebih mudah difahami, memudahkan pembaca dari berbagai lapisan masyarakat untuk meraih manfaat ilmu yang terkandung di dalamnya. Terbaik!