Collection: Tajaan Projek Memandaikan Umat

Projek-projek memandaikan umat dengan ilmu adalah satu kumpulan projek yang memfokuskan dakwah dengan bahasa yang mudah difahami, kaedah yang lebih mesra dengan suasana masa kini serta bertujuan untuk menambah baik mutu kefahaman umat Islam.

Projek-projek ini telah berjalan dalam bentuk video, penulisan, aktiviti masyarakat dan buku-buku terjemahan.

Misi

Umat Islam akan menjadi satu masyarakat yang berkembang maju, kritis dan berilmu selaras dengan kemajuan teknologi.

Visi

  • Menghasilkan video dan buku yang menggunakan bahasa yang lebih ringan dan selesa.
  • Menambah baik kefahaman umat dengan penghasilan content media sosial yang trandy.
  • Merekrut lebih ramai Avengers menjelang tahun 2030.

Tajaan Projek Memandaikan Umat - Buku

Anda akan menaja projek terjemahan atau cetakan awal bagi judul-judul yang belum pernah diterbitkan atau tidak lagi dicetak ulang. Hasil daripada taajaan ini, dapat;

  1. Menjadikan harga buku lebih hemat
  2. Memudahkan urusan cetakan seterusnya
  3. Meramaikan lagi orang yang boleh mendapatkan manfaat ilmu. 

Peringatan: Tajaan diberikan secara one off tanpa ada keberuntungan lain. Sebagai penghargaan, 10 buah buku akan diberikan kepada penaja projek.